Sanusi tidak tolak kemungkinan jika bertemu jodoh

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak menolak kemungkinan sekiranya bertemu jodoh dengan mana-mana wanita.

Bagaimanapun, Menteri Besar itu menjelaskan belum berhasrat untuk berkahwin lain.

“Belum lagiā€¦ mana tahu kalau ada jodoh, kalau jodoh apa salahnya, orang Sik ka.. orang Alor Setar,” katanya dalam nada berseloroh, dipetik BH.

Sanusi berkata demikian selepas merasmikan benih padi huma di Kampung Radik, Chepir di Sik hari ini.

Terdahulu, heboh di media sosial mengenai dakwaan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN dan PAS Pusat itu telah berkahwin lain.

Dia turut memuat naik status di Facebook beliau beberapa hari lalu mengenai saranan berkahwin pada bulan Syawal dengan kapsyen bertulis ‘Dok Pahang’.

Status tersebut meraih ribuan reaksi serta komen pengikutnya di media sosial itu.

BACA JUGA Israel gagal provokasi Iran untuk berperang