4 perkara penting tingkatkan keselamatan KLIA

Oleh NORMAN RADZUAN

Seperti dijangka langkah drastik akan diambil apabila berlaku kes tembakan di KLIA. Ia bukan sahaja berlaku kepada PDRM tetapi di mana-mana jabatan kerajaan apabila sesuatu berlaku barulah terfikir untuk melakukan sesuatu. Dalam erti kata lain kurang proaktif.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengatakan penggunaan skuter elektrik sebagai langkah untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan di KLIA.

Tanya saya bagus tetapi ada yang lebih baik dari itu. Saya bersetuju penggunaan skuter tersebut tetapi ada beberapa langkah yang lebih patut diutamakan kawalan di KLIA yang dilihat agak longgar keselamatannya.

Saya adalah pengguna lapangan terbang yang kerap. Waktu tinggal di Sabah hampir setiap bulan saya terbang ke Semenanjung. Kini setiap dua minggu saya ke lapangan terbang mengambil isteri.

Yang jelas saya perhatikan tidak ramai anggota polis kelihatan di lapangan terbang.

Jika jam 11 malam sukar untuk melihat anggota polis beruniform melakukan rondaan di dalam lapangan terbang.

Saya suka kawalan ketat Lapangan Terbang Aquino (gambar bawah) di mana setiap pintu masuk lapangan terbang sama ada penumpang atau mereka yang ingin memasukinya terpaksa melakukan body scanner.

Di luar negara atau negara terdekat seperti Thailand, Indonesia, Filipina pun ada body scanner.

Saya berpandangan penggunaan skuter lebih diperlukan polis Kuala Lumpur untuk mengawal keselamatan bandaraya tersebut atau pihak DBKL sendiri sehingga begitu mudah peniaga jagung bakar berniaga di depan KLCC.

Penggunaan skuter dalam bandaraya dilihat sangat praktikal memandangkan skuter ini mampu mencelah kesesakan jalan raya selain pandangan yang lebih jelas buat anggota bertugas untuk melakukan pemantauan.

Bagi saya apa yang lebih penting untuk tingkat keselamatan KLIA di zaman teknologi ini penggunaan kamera CCTV. Zaman teknologi mengapa kita tidak menggunakannya.

Lihat bagaimana Ukraine mahupun Iran menggunakan dron ke atas Russia dan Israel. Bukan lagi menghantar jet pejuang mahupun tentera untuk menyerang lawan.

Sepatutnya, tambahan 200 kamera lagi di KLIA dan KLIA2 diperlukan sebagai contoh dengan membesarkan bilik pemantauan 24-7 dengan petugas 10 anggota dalam satu-satu masa.

Bilik pemantauan ini adalah sama penting seperti airport traffic control tower. Ia bukan sahaja memantau penumpang tetapi juga anggota polis bertugas.

Bermakna setiap inci pergerakan org ramai di KLIA yang mencurigakan dapat dilihat di dalam bilik pemantauan.

Apa-apa berlaku tanggungjawab sangat berat kepada pengawai yang bertugas di unit kawalan atau pemantauan itu.

Yg penting anggota bekerja dgn penuh disiplin di dlm bilik pemantauan seperti dpt kita lihat Airport2 di Australia.

Bilik pemantauan, anggota polis di lapangan, Imigresen dan unit Anjing bekerjasama utk memastikan keselamatan Airport di negara kanguru itu terjamin.

Begitu juga tak salah rasanya di pintu masuk Airport diletakkan anggota ATM 24-7. Tidak silap saya suatu masa dahulu ada anggota tentera di KLIA jadi mengapa dihentikan khidmat mereka? Tidak cukup anggota?

Kita bukan negara sdg berperang di mana kita mempunyai ramai anggota tentera yg baru direkrut yg boleh ditugaskan di KLIA. Ingat KLIA adalah pintu utama jutaan manusia setahun dan tentu ia sgt penting dari aspek keselematan.

  • CCTV
  • ATM
  • SKUTER
  • BODY SCANNER

Keempat-empat perkara ini penting meningkatkan keselamatan KLIA. Saya berharap juga KL Sentral juga mempunyai keselamatan yg hampir serupa kerana ia juga pintu masuk negara.

BACA JUGA Sanusi tidak tolak kemungkinan jika bertemu jodoh