KDN tempatkan PGA di KLIA lakukan rondaan keselamatan

Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini digerakkan bagi melakukan rondaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung, hari ini.

”Kabinet dimaklumkan bahawa KDN telah menghantar pasukan PGA ke KLIA untuk melakukan rondaan,” katanya lapor Kosmo.

Ditanya sama ada ia (PGA lakukan rondaan) bersifat kekal atau sementara, beliau berkata, perkara itu akan diputuskan oleh KDN.

Pada 14 Mac lalu, seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi di Balai Ketibaan KLIA .

Suspek berusia 38 tahun melepaskan tembakan dipercayai menyasarkan isterinya yang sedang menunggu jemaah umrah.

Lelaki itu kemudiannya terus melarikan diri sebelum berjaya diberkas polis di Kota Bharu, kelmarin dan direman tujuh hari sehingga 22 April ini.

Siasatan awal polis dipercayai kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.

Berhubung tahap keselamatan di KLIA pula, Anthony Loke berkata, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan PDRM akan duduk bersama bagi membincangkan mengenai hal tersebut.

BACA JUGA Projek lebuh raya PJD Link dibatalkan