PM Anwar hantar sumbangan bantuan kepada anak kecil tiga tahun

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan sumbangan bantuan kepada seorang anak kecil, Tasnim Al-Ulya Amali Raji di Sungai Buloh, Selangor menerusi setiausaha politiknya Farhan Fauzi.

Tasnim yang baru berusia tiga tahun telah diklasifikasi sebagai indivudu kurang upaya kekal dan berkerusi roda.

“Bagi meringankan beban yang dihadapi, saya telah menyerahkan sumbangan untuk menampung kos perubatan kepada bapa Tasnim iaitu saudara Raji.

“Saya mendoakan semoga urusan Tasnim dan keluarganya dipermudahkan, Insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran Facebook.

BACA JUGA: Belajar dari Singapura – Bina rumah RM300,000 tapi dijual RM60,000