Presiden Pas wajar mohon maaf kaitkan PMX dengan Zionis

Oleh AHMAD MURSI

Selepas tular ‘Misi Gila’ PMX membantu mengeluarkan Keluarga saudara Nadir dari Rafah semasa bumi Gaza masih dihujani bom membuka mata rakyat terhadap kemampuan PMX.

Kesungguhan PMX membantu menghentikan kezaliman terhadap rakyat Palestin tidak boleh dipertikaikan lagi seperti diakui sendiri oleh aktivis Cinta Gaza, Nadir An-Nuri.

Katanya, dulu Saddam Hussein dan Erdogan menjadi suara lantang dalam isu ini, kini giliran Malaysia di bawah PMX.

Tindakan PMX mengkritik depan muka pemimpin kuasa besar dunia Amerika Syarikat (AS) dan Jerman memberi harapan kepada masyarakat antarabangsa agar Malaysia terus kedepan membantu dalam pembebasan Palestin.

Umat Islam Malaysia sepatutnya bersatu dalam isu ini dan hentikan tuduhan-tuduhan liar pembangkang mengaitkan PMX dan Zionis.

Pada Mac 2022, Haji Hadi utus surat kepada pemimpin-pemimpin Islam Timur Tengah untuk menjustifikasi tindakannya berkomplot ‘Tebok Atap’.

Dia menuduh, usaha mencalonkan Anwar sebagai PM mengantikan Tun M ‘dibuat dengan sokongan Amerika Syarikat (AS), Eropah, Zionis dan Freemason’.

Walhal, perkara itu merupakan perjanjian yang dibuat sebelum PRU14 lagi dan Islam mengajar untuk kita berpegang kepada janji.

Haji Hadi yang sedang uzur dan dalam suasana Hari Raya, sewajarnya dia memohon maaf atas fitnahnya itu dan membuat islah dengan memperbetulkan sikap fitnah pengikutnya.

Hal ini memandangkan tindakan-tindakan PMX dalam isu Palestin hingga hari ini, tidak mampu dia lakukan semasa menjadi Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri.

Hentikanlah mengkritik dan bantulah usaha PMX ini.

Berikut antara catatan fitnah Hj Hadi dalam surat kepada pemimpin Islam Timur Tengah:

“Kemudian setelah PH berjaya mengubah kerajaan dengan kemenangan mereka dalam pilihanraya, berlaku usaha dalaman untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai PM oleh DAP, PKR dan AMANAH bagi mengetepikan Tun Mahathir, dengan sokongan Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason.”

BACA JUGA “Tak nak sediakan peguam untuk kita ke?” Cytro PN ‘tag’ nama Muhyiddin, Wan Fayhsal