“Tak nak sediakan peguam untuk kita ke?” Cytro PN ‘tag’ nama Muhyiddin, Wan Fayhsal

Selepas dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk dirakam percakapan, tentera siber pro PN nampaknya cuba mendapatkan perhatian pimpinan tertinggi blok itu.

Ia dipercayai untuk mendapatkan bantuan guaman dari pimpinan tertinggi memandangkan mereka penyokong tegar blok itu.

Mohamad Salim Iskandar adalah antara tiga individu yang dipanggil SKMM susulan kandungan yang dimuat naik di media sosial yang didakwa melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Salim melalui ciapan di X, menyebut nama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yasin; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; dan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Dalam ciapan itu, dia bertanya sama ada antara mereka mahu menyediakan bantuan guaman.

“Korang tak nak sediakan lawyer (peguam) untuk kita ke? Atau korang hanya mampu bantu Akmal (Saleh) yang tak nak bantuan korang?”.

“Tak payahlah wahai politikus. Kita adalah pejuang rakyat! Kita hadap jelah!,” ujarnya.

Sebelum ini Wan Fayhsal berkata, Armada Bersatu menzahirkan rasa simpati dan bersolidariti ke atas Dr Akmal Saleh yang ditahan di Sabah susulan isu boikot KK Mart.

Namun solidariti itu tidak ditunjukkan ketika tentera siber pro-bono mereka dipanggil pihak berkuasa.

BACA JUGA Gara-gara tiada air, pelajar kolej vokasional di Kelantan terpaksa belajar secara ‘online’

Â