Budak TikTok pelik kenapa takbir raya zaman ‘Madani’ cuma satu hari

Seorang pengguna TikTok teruk disekolahkan netizen selepas cuba menimbulkan persepsi seolah-olah takbir raya hanya dibenarkan berkumandang pada Syawal pertama sahaja di bawah Kerajaan Madani.

Menerusi tangkap layar tular di media sosial, individu tersebut berkata, suasana ‘raya Madani’ kali ini lain tidak seperti kebiasaannya.

“Lain macam vibe raya 2024. Raya Madani. Takbir raya hanya berlegar di raya pertama je. Biasa raya ke 2,3,4, mesti ada dalam tv dan radio.

“Mungkin budak-budak sekarang tak perasan,” demikian hantaran dalam tangkap layar tular itu.

Susulan itu ramai yang menegur tindakan individu tersebut yang dilihat sengaja mencipta naratif buruk terhadap kerajaan, walhal takbir raya hanya pada Syawal pertama adalah amalan biasa di negara ini.

Mereka juga menempelak penyokong pro pembangkang itu yang dianggap kurang cerdik dan ‘mengaji tak habis’.

Untuk rekod, takbir hari raya Aidilfitri kebiasaannya bermula pada Maghrib malam satu Syawal sehingga selesai solat sunat Aidilfitri.

Takbir hari raya Aidiladha pula dilakukan bermula selepas selesai solat Subuh 9 Zulhijjah sehinggalah selesai solat Asar 13 Zulhijjah

“Aku walaun tapi memang takbir raya Aidilfitri ni hari pertama je tak sama dengan Aidiladha. Dia ni mesti tak belajar habis tak pun budak baru nak ‘up’,” kata pengguna X, aisy.

“Aku sebagai pengundi PN (tapi minat PMX) rasa kesal sangat makin hari makin buat malu je tak ada kaji selidik langsung,” kata Muhammad Faqih.

“Dik, takbir raya Aidilfitri hanya disunatkan bermula malam raya  sehingga selesai solat hari raya. Selepas itu tak disunatkan lagi. Jangan terlebih Islam pula,” tegur pengguna Facebook, Che Ibrahim Mohamed .

Bagaimanapun Harapan Daily tidak menemui hantaran asal tersebut dipercayai telah dipadam.

BACA JUGA Ini sebab mengapa jabatan dan agensi di bawah KPKM diarah tumpu 4 perkara utama tahun ini