Isu beras dibakar: Tibayyun tanpa selidik ajaran Khawarij

Oleh AHMAD MURSI

Pemimpin Pas sebarkan video beras tempatan dibakar dan mengaitkan dengan situasi kekurangan beras tempatan kini.

Turut sama disebar dalam video itu ialah beg berimej bekas Ahli Parlimen Kuala Krau Dato Sri Dr Ismail Mohamed Said.

Beliau Timbalan Menteri dalam Negeri antara Mac 2020 – November 2022.

Selepas PRU15, Parlimen Kuala Krau dipegang oleh YB Ustaz Kamal Ashaari

Maksudnya, barangan yang dibuang dan dibakar itu ialah barang bantuan yang dibeli sebelum PRU15 dan telah tamat tempoh.

Waktu itu belum ada isu beras kerana beras tempatan tidak laku.

Dulu rakyat beli beras ikut jenama dan tidak tahu pun sama ada beras Import atau tempatan.

Hanya pada Julai 2023, India sekat eksport beras menyebabkan harga beras pasaran dunia melonjak naik dan rakyat mula beralih kepada beras tempatan.

Oleh sebab itu, dulu tak ada isu ini.

Bos Mydin akui dulu banyak beras tempatan terpaksa dipulangkan kepada pengilang sebab tak laku dan tamat tempoh.

Tabayyun itu ajaran Islam. Tibayyun tanpa selidik pula ajaran Khawarij.

BACA JUGA Untunglah walaun dah ada lagu, sesuai dah nyanyi karaoke