Untunglah walaun dah ada lagu, sesuai dah nyanyi karaoke
Lain macam satu klip lagu tular di TikTok apabila mempunyai lirik yang dilihat kena dengan sikap penyokong pembangkang yang biasanya digelar walaun.
Malah, lagu itu juga terselit ungkapan “wala wala walaun…” dengan mengkritik perangai pihak yang menganggap diri dijamin ahli syurga.
Rata-rata warganet berseloroh mengatakan untunglah walaun sekarang sudah ada lagu mereka yang dianggap sesuai dinyanyikan semasa karaoke.
Sindiran itu dipercayai merujuk pada hobi seorang pemimpin parti bermodalkan agama yang selamba berkaraoke dengan perempuan muda ajnabi sehingga larut malam.
Berikut antara bait lirik lagu rancak ini:
Tiada yang berani membantah
takut engkau keluar fatwa
kena hukum masuk neraka
kau sorang masuk surga.
Orang lain tunggang kuda
kau pilih tunggang agama
orang kerja macam gila
kau jadi kaya raya.
Hari-hari keluar cerita
aurat jaga aurat jaga
tapi kau sendiri mata buaya
pantang lihat wanita muda.
BACA JUGA “Di London dah ada Walanon!”, ramai terkejut tengok Mat Saleh ralit dengar ucapan PMX
Â