Lambakan kampit beras dibuang angkara sorok supaya naik harga?

Lambakan kampit beras ditemui di sebuah lokasi pembuangan sampah berdekatan Kuala Krau, Pahang.

Difahamkan, kejadian dikatakan berlaku di Jalan Pintas Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum.

Ada berpendapat beras berkampit yang dibuang itu akibat aktiviti sorok untuk naikkan harga makanan asas itu.

Namun, beras itu akhirnya rosak disebabkan bubuk.

Tidak kurang juga berpendapat timbunan beras itu mungkin bantuan ketika musim banjir yang kemudian sudah rosak.

Sebelum ini, beberapa kawasan dilapor mengalami masalah kekurangan bekalan beras di pasaran.

BACA JUGA Menteri Kabinet buat senaman ringan lepas mesyuarat