Masalah amat penting belum selesai tapi mahu bina empangan bawah tanah pula

Oleh RIDZWAN ABU BAKAR

Masalah air di Kedah adalah realiti, ia perlu segera diselesaikan, ertinya ia adalah perkara yang ‘amat penting’.

Sejak dari zaman DS Mahadir Khalid, Al Marhum TS Azizan, DS Mukhriz, DS Ahmad Bashah, kembali ke Mukhriz dan sudah 4 tahun DS NuC jadi MB, antara masalah paling utama di Kedah adalah ‘air’, dan semua MB bercakap antara puncanya adalah persoalan empangan dan penyalurannya.

Ketika permasalahan utama belum kunjung selesai dan beberapa projek RLA belum selesai, tup² MB umumkan cadangan nak bina empangan bawah tanah pula. Ya, boleh jadi ia penting!

Sanusi

Namun, sebagai sebuah parti yang kononnya memerintah berdasarkan ‘Islam’, apakah MB NuC tak tau atau tak diberitahu oleh Ketua segala Ulama Pas yang juga orang Kedah, Tuan Guru Dato’ Hj Ahmad Yahaya tentang satu kaedah ‘تقديم الأهم على المهم’ “Mendahulukan yang lebih penting atas yang penting”.

‘Yang aham’ (tersangat penting) sekarang ini adalah penyelesaian permasalahan air yang sudah berlanjutan lama.

Mungkin juga membina empangan bawah tanah itu adalah penting (muhrim). Sepatutnya sebagai parti yang kononnya mendahulukan Islam dan kaedahnya dalam memerintah, sepatutnya NuC dengan bimbingan para Ulama melihat dan mempraktikkan kaedah ini dalam pentadbirannya.

Atau pun ‘kepimpinan ulama’ hanya sekadar slogan kosong untuk menarik undi sahaja.

Saya tidaklah mahu berimaginasi “adakah para ulama Pas tidak memberitahu atau para ulama Pas sebenarnya tidak tahu?”

Depa pun hanya pakai dengar MB NuC kata apa sahaja, depa ikut! Wallahua’lam. 😀😄

Imam Aini ketika mensyarahkan hadith-hadith berkaitan ‘mendahulukan tang amat penting atas yang penting’ berkata:

“Tugas pemimpin dalam menggunakan harta Muslimin (awam) adalah dengan mendahulukan yang amat penting, kemudian (barulah) yang penting”.

Exco Kak Ton sah tak tau kaedah ini, harap-harap ketua para ulamalah sampaikan kaedah ini kepada NuC.

Kalau kaedah macam ini pun diremehkan, sesungguhnya kepimpinan ulama hanyalah sebuah khayalan semata!

BACA JUGA Pemimpin Pas tak sangka PMX berani keluar dari zon ‘playsafe’