Mat Sabu arah Kawalselia Padi segera siasat timbunan beras di tapak pelupusan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengarahkan agar pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Temerloh, Pahang menyiasat segera timbunan beras yang dibuang di tapak pelupusan sampah.

Arahan itu hadir selepas tular di media sosial mengenai berkampit-kampit beras dan tin sardin yang dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau, Pahang.

Mohamad dalam respon ringkas di Facebook berkata, kenyataan rasmi akan dikeluarkan dengan kadar segera selepas siasatan dibuat.

“Saya telah mengarahkan siasatan segera dijalankan oleh pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Temerloh, Pahang berkaitan insiden timbunan beras yang dipercayai dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau, Pahang.

“Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dengan kadar yang segera,” katanya.

Terdahulu, lambakan kampit beras ditemui oleh seorang penduduk di Kuala Krau.

Ada berpendapat beras kampit yang dibuang itu akibat aktiviti sorok untuk naikkan harga makanan asas itu.

Berdasarkan maklumat, beras dan berapa makanan lain itu dibuang kerana sudah luput tarikh dan rosak setelah disimpan terlalu lama.

BACA JUGA Lambakan kampit beras dibuang angkara sorok supaya naik harga?

Â