MCA tak kempen PRK Kuala Kubu Bharu jika…

MCA bertegas tidak akan berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu jika calon dipertandingkan bukan daripada Barisan Nasional (BN).

Ketetapan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA hari ini.

“Jawatankuasa mengadakan mesyuarat dan membincangkan mengenai PRK DUN Kuala Kubu Bharu yang akan diadakan di Selangor.

“Selepas pertimbangan teliti, keputusan sebulat suara jawatankuasa sekiranya calon yang dicadangkan itu bukan ahli mana-mana parti komponen BN, maka MCA tidak akan menyertai sebarang usaha kempen,” kata jawatankuasa itu melalui kenyataan hari ini.

Terdahulu, MIC juga dikatakan tidak akan turun berkempen pada PRK yang terletak di daerah Hulu Selangor itu.

Dijadual berlangsung 11 Mei depan, PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong mewakili Pakatan Harapan (PH) pada 21 Mac lalu.

BACA JUGA Peserta Gaza Freedom Flotilla dijangka berlepas 21 April ini