Beza pejuang dengan penunggang agama

Oleh LIYANA MARZUKI

Berlegar-legar dihantar lagu terbaru troll ke atas penunggang agama. Saya terima dari pelbagai pihak terutama penyokong kerajaan.

Klip pendek nyanyian seorang gadis cantik, belakangnya ada perempuan lain bergelek.

Liriknya cukup mudah tapi bikin orang berfikir.

“Setiap hari keluar cerita
Aurat jaga, aurat jaga
Tapi kau sendiri mata buaya
Pantang lihat wanita muda”

Acapkali sebelum ini, kita lihat mereka yang terpaling beragama, mengecam orang tidak bertudung dan sebagainya.

Tiba-tiba kantoi mengikuti porno dan filem lucah. Jadi follower perempuan seksi.

Terbaru, pemuda Pas yang tidak mahu berdoa untuk Agong, kantoi ikuti akaun lucah OnlyFans. Yang sesetengah “liberal” tidak lakukan.

“Tiada yang berani membantah
Takut kau keluar fatwa
Kena hukum masuk neraka
Kau seorang masuk syurga

“Orang lain tunggang kuda
Kau pilih tunggang agama
Orang kerja macam gila
Kau jadi kaya raya”

Ini pemerhatian sosial yang melekat terus ke otak. Bila penunggang agama menghentam orang lain moden, liberal, sekular.

Hanya pentingkan duniawi sahaja. Mereka pula dengan bangga katakan mereka hanya makan ikan kelah. Ikan lain mereka loya.

Apabila negeri antara yang paling miskin di Malaysia, mereka perlu beli Mercedes paling mahal.

Bukan satu, dua buah, tapi berbelas-belas pula. Jadi menteri tak sampai setahun, kantoi pula menikah online ketika PKP.

Tengokkan ulamak politik kita, adakah mereka bersederhana seperti Tuan Guru Nik Aziz?

Harga nombor plat kereta sahaja boleh tanggung beberapa keluarga miskin sekian lama.

Isu penunggang agama ini bukan terpakai di Malaysia. Dalam sejarah menunjukkan penunggang ini ada dalam pelbagai agama.

Sifat mereka sama, tunjukkan mereka terpaling beragama tetapi banyaknya melalut mengejar harta dunia sama ada duit, pangkat atau wanita.

Lagu dangdut itu mungkin nampak remeh dan bengong pada sesetengah orang.

Tapi liriknya kalau dihadam, bijak sebenarnya.

Ada beza pejuang agama dan penunggang agama.

Kalau anda marah dengan lagu tersebut, anda boleh tahu anda kategori mana.

BACA JUGA Untunglah walaun dah ada lagu, sesuai dah nyanyi karaoke