Beza pemikiran antara Zuhdi dan Akmal, kamu nak apa sebenarnya

Oleh NORMAN RADZUAN

Terima kasih Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang saya anggap sebagai ‘think tank’ parti Pas.

Benar beliau pemikir yang hebat dan tentu kerana latar belakang pendidikannya yang membuat semalam dia menganjurkan GENCATAN SENJATA pemimpin-pemimpin Melayu Islam.

Zuhdi bukan sebarang orang. Beliau adalah profesional yang masih ada dalam Pas yg merupakan mantan pensyarah di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).

Saya ingatkan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh yang akn menyeru pendamaian, rupa-rupanya seteru politik. Ini beza kematangan dan daya intelektual seseorang dalam berpolitik.

Zuhdi mengejutkan semua pihak sama ada di pihak kerajaan mahu pun pembangkang.

Gencatan senjata yang dianjurkan kerana kegelisahan beliau terhadap pemasalahan global sekaligus menjejaskan ekonomi negara.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Akmal Saleh tindak tanduknya seolah-olah mewakili pembangkang dan sentiasa menyalahkan kerajaan yang didukung partinya sendiri. Zuhdi pula bertindak profesional demi menyelamatkan negara.

Pemimpin muda UMNO itu memainkan isu KK Mart dan mengajak masyarakat Melayu memulaukan KK Mart. Zuhdi pula menzahirkan kegelisahan terhadap isu perkauman.

Zuhdi berkata masalah yang membimbangkannya, iaitu polarisasi kaum kian ketara dan menyebabkan keharmonian rakyat seperti bom jangka yang boleh meletus apabila sampai masanya.

Duri dalam daging

Dalam ekonomi tidak menentu dgn peperangan Palestin, Israel, Russia, Ukraine dan Iran, jika negara kita politik terus bergolak ia hanya akan memusnahkan untuk pemulihan ekonomi.

Mana tidaknya, Akmal Saleh dan Wee Ka Siong bertindak seolah-olah mereka adalah wakil dari parti pembangkang atau seolah-olah deep state untuk kerajaan.

Sepatutnya, kedua-dua mereka membantu kerajaan dengan menggunakan saluran dalaman parti.

Namun, perwatakan mereka bukan sahaja tidak profesional malah seperti menjadi duri dalam daging Kerajaan Perpaduan ini.

Dr Akmal Saleh

Nasihat saya buat adik Akmal Saleh walaupun saya tahu nasihat ini tidak akan dipedulikan kerana nasihat Presidennya sendiri tidak dipedulikan, tetapi dengarlah Akmal…

UMNO ditolak oleh orang Melayu sejak 2008 lagi. Grafnya menurun dan semakin menurun pada PRU2013 dan akhirnya PRU2018 orang Melayu menolak parti ini. Kepercayaan orang Melayu kepada UMNO semakin terhakis kerana isu korupsi.

Kebersamaan UMNO dengan Kerajaan Perpaduan sepatutnya diambil kesempatan untuk memulihkan parti orang Melayu ini.

Pelbagaikan aktiviti menyantuni rakyat di seluruh negara dan pulihkan imej UMNO bahawa parti ini benar-benar berubah.

Imej UMNO perlu diperbaiki dan tidak boleh menumpang sama ada dengan PN dan PH selama lamanya. Jika tidak, parti ini akan karam selama-lamanya.

Nasihat saya buat Akmal sebagai anak muda, bawa reformasi parti UMNO. Parti ini kena banyak muhasabah. Katakan UMNO yang akan bangkit ini bukan UMNO yang dulu.

UMNO kena lari imej gila kuasa utk kepentingan peribadi pemimpin yg membuatkan org Melayu berpindah kpd parti2 lain akhir2 ini. Mana tahu ketika Akmal menerajui parti ini suatu hari nanti UMNO akn pulih.

Buat Zuhdi semoga saranan ini sebagai titik permulaan utk PAS boleh bekerjasama dgn kerajaan. Demi agama, demi negara sewajarnya parti2 Melayu hentikan sengketa dan fokus utk pulihkan negara.

Saya secara peribadi jika ia berlaku saya tidak malu2 menghulurkan salam pendamaian dgn PAS. Politik dinamik, politik berubah demi negara dan itu tujuan kita berpolitik. Musuh tidak selamanya musuh dan kawan tidak selamanya kawan.

Ini negara kita bersama dan ia perlukan kebersamaan di kalangan pemimpin Melayu utk menyelamatkan ya demi utk anak cucu kita.

Al Fatihah buat Tun Hanif Omar.

BACA JUGA Tun Hanif Omar meninggal dunia 11 Syawal