Janji dapat kerja tapi dua kali ‘dikerjakan’, anak siapalah ni…

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun mengaku diperkosa dua kali oleh lelaki yang menawarkan pekerjaan kepadanya.

Dia dirogol di sebuah hotel di Taman Dagang, di Ampang Jaya, Selangor, 16 April lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare, mangsa mengatakan ditarik secara paksa oleh suspek untuk masuk ke dalam hotel berkenaan kira-kira 2 pagi.

Beliau berkata, trauma dengan kejadian menyakitkan itu mangsa nekad untuk tampil membuat laporan polis.

“Hasil siasatan mendapati, punca kejadian berlaku apabila mangsa dijanjikan pekerjaan oleh suspek dan diajak untuk berjumpa dengan majikan.

“Namun, suspek merogol mangsa tanpa kerelaan mangsa,” jelasnya dalam kenyataan, hari ini.

Polis kemudian berjaya menahan suspek lelaki tempatan berusia 36 tahun yang bekerja sebagai peniaga di Ulu Langat, 17 April lalu.

“Hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine, dan Methamphetamine,” katanya.

Jelasnya, reman terhadap suspek dibenarkan selama enam hari bermula 18 April lalu sehingga Selasa ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merujuk kepada amang seksual terhadap kanak-kanak.

“Hukuman Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 hendaklah dihukum dengan pemenjaraan maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat,” tambahnya lagi.

BACA JUGA Tular dinding McDonald dicemari vandalisme, diconteng perkataan boikot