“Kenapa label menteri saya ketam?” Dr Rafidah bengang ada ‘profesor’ kutuk Dr Dzul

Pakar kesihatan, Dr Rafidah Abdullah menempelak seorang profesor yang melabel Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai ‘ketam’.

Gelaran ketam itu dituju kepada Dr Dzul selepas KKM bercadang untuk meminda Akta Perubatan 1971 atau Akta 50 bagi menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.

Ini bagi memastikan pakar perubatan yang telah menamatkan latihan mereka di bawah PPP akan didaftarkan dan diiktiraf sebagai pakar.

Langkah itu bertujuan menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di Malaysia.

Bagaimanapun ia tidak dipersetujui Profesor Dr Noor Hassim Ismail, Setiausaha Agung Majlis Perundangan Melayu (MPM). 

Noor Hassim juga merupakan Ketua Kumpulan Profesor Kesihatan dan Perubatan.

“With all due respect, again. Kenapa Datuk label Menteri saya ketam?

“Saya tidak pernah dengar Majlis Perundangan Melayu. Saya pun Melayu juga. Kenapa nak sibuk dengan Doktor pula?

“Saya, dan saya percaya ramai yang menyokong penuh Datuk Seri @DrDzul,” ciapnya di X.

Di ruangan komen, Dr Rafidah memberitahu dia tidak mengenali siapa profesor tersebut dan majlis yang ditubuhkan itu.

Dia juga percaya akan lebih banyak “majlis” yang akan ditubuhkan kelak untuk menyekat usaha baik menteri meminda Akta 50.

BACA JUGA Tular dinding McDonald dicemari vandalisme, diconteng perkataan boikot