Mahkamah akan tentukan, adakah ada titah kedua Agong?

Pengarah komunikasi Umno Datuk Lokman Adam menyeru semua pihak membenarkan mahkamah menentukan samada keputusan yang dibuat Yang Di-Pertuan Agong di luar lembaga pengampunan menerusi adendum tambahan adalah sah.

Persoalannya terdapat dua keputuan yang telah dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong. Peguam Datuk Seri Najib telah memfailkan semakan terhadap keputusan Lembaga Pengampunan bukan untuk mencabar keputusan Agong tetapi untuk mengesahkan kewujudan perintah tambahan Agong.

“Bila semakan dilakukan akhirnya keputusan kedua Agong akan dikeluarkan. Ini akan membuka ruang untuk mahkamah memutuskan sama ada tafsiran bahawa keputusan yang dibuat Agong di luar Lembaga Pengampunan sah atau tidak.

“Biarlah mahkamah buat kerja mereka sehingga keadilan dapat ditegakkan.”

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada laporan berita yang memetik kenyataan profesor undang-undang Datuk Shamrahayu Aziz yang menegaskan bahawa keputusan Agong tidak boleh dipertikai oleh mahkamah.

BACA JUGA: Keputusan titah adendum Agong, siapa perlu beri kata putus?