Bawa balik menantu dulu, Muhyiddin

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan presiden Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membantu menjemput anak menantunya kembali anak menantunya untuk berdepan dengan siasatan.

“Sebelum beliau beri apa-apa komen saya sarankan Muhyiddin Yassin bantu pihak berkuasa jemput kembali his son in law who is on the run. Don’t talk about KKB, PRK.

“Bring back your son in law and then you are in a better position to talk because he is a fugitive from justice.

“Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, beliau seharusnya menjadi contoh baik dan arahkan menantu balik ke Malaysia dan berdepan siasatan yang telah dimulakan.

“Jika beliau gagal lakukan ini – perkara asas – beliau tidak ada moral standing to talk about anything else.”

Fahmi berkata demikian sebagai respon kepada Muhyiddin yang mendakwa bahawa kerajaan perpaduan dalam keadaan retak menanti belah berikutan isu titah diraja adendum dalam kes mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan meninggalkan Malaysia pada 17 Mei tahun lalu.

Adlan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan berdepan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

BACA JUGA: Peserta Flotilla ke Gaza, berdemo depan Grand Bazaar Turkiye