Jualan Ehsan Rahmah tawar harga murah di empat lokasi esok

Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas murah di empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari esok.

Empat lokasi tersebut adalah Padang Awam Batu 30 di Kuala Kubu Baharu; Balai Raya JKKK Kampung Kenanga di Rawang; tanah lapang sebelah SRA, Merbau Sempak, Paya Jaras dan Kampung Sesapan Batu Rembau di Semenyih.

Menerusi poster dimuat naik di Facebook Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, JER menawarkan penjualan ayam standard dengan harga RM10 seekor.

Selain itu, turut dijual adalah daging beku (RM10 setiap pek), telur (RM10 sepapan), ikan (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg dengan harga RM13.

”Warga Selangor berpeluang menikmati harga barangan makanan mentah dan asas pada harga lebih rendah berbanding pasaran sempena Jelajah Jualan Ehsan Rahmah.

”Rujuk senarai lokasi Jelajah Jualan Ehsan Rahmah pada 23 April (esok) dari jam 10 pagi ke 1 tengah hari,” maklum beliau menerusi media sosialnya itu, sebentar tadi.

BACA JUGA: Kenapa guna Akta Pengambilan Tanah, bincanglah dengan adil