PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri (PMAC) bertujuan memberi khidmat nasihat berkaitan soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi Madani.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican dan dianggotai Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Prof Dr Yeah Kim Leng dan Dr Nungsari Ahmad Radhi.

“Penubuhan jawatankuasa ini susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024 yang juga dipengerusikan Tan Sri Mohd Hassan Marican.

“Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan, hari ini.

PMO turut memaklumkan bahawa jawatankuasa yang dilantik itu, tidak akan menerima sebarang bayaran daripada pihak kerajaan.

BACA JUGA: ‘Ambil peluang bincang sebarang isu dengan rasional, berhikmah’