Dua helikopter bertembung, 10 maut di Lumut

Dua helikopter bertembung mengakibatkan 10 mangsa maut dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Kedua-dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi tadi.

Video tular ketika nahas itu menunjukkan dua helikpoter itu berlanggar semasa hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat.

Ekoran perlanggaran itu, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

Helikopter HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Pesawat HOM dilapor membawa empat kru dengan tiga penumpang, manakala Fennec membawa tiga kru.

Memetik laporan BH, tiada mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut setakat ini.

BACA JUGA ‘Dekat mana yang walaun kata tarif elektrik naik?’

Â