Zahid dah bawa isu pengampunan Najib kepada Agong yang baharu, kata Lokman

Datuk Lokman Noor Adam memberitahu bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melakukan rundingan dengan Perdana Menteri berhubung isu pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lokman yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk membantu.

“Malah, Datuk Seri Anwar telah memainkan peranan untuk meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk kes Datuk Seri Najib ini dibawa untuk proses pengampunan diraja yang kedua,” katanya.

Pada 17 April lalu, Zahid dilapor mengikrarkan afidavit untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum supaya Najib dapat menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Zahid mengikrarkan afidavit untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum supaya Najib dapat menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Titah Adendum itu supaya bekas Perdana Menteri berkenaan menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

BACA JUGA Dua helikopter bertembung, 10 maut di Lumut