‘Banyak rumah terbuka, tapi harga ayam masih stabil’
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menzahirkan rasa syukur berikutan rungutan masyarakat terhadap harga dan bekalan makanan kelihatan semakin berkurangan.
”Berbagai komen diberi, tetapi pada tahun ini alhamdulillah syukur kepada Allah kerana rungutan agak berkurangan.
”Walaupun semasa Syawal ini banyak rumah terbuka diadakan dan pada masa sama banyak ayam digunakan, tetapi harganya masih lagi bertahan sekitar RM8 ke RM9 sekilogram.
”Alhamdulillah, sepanjang Ramadan yang lalu dan Syawal ketika ini.. barang makanan (bekalan) itu ada (di pasaran),” katanya dalam rancangan Naratif Khas yang disiarkan di TV1 malam tadi.
Bual bicara itu membawakan tajuk Situasi Semasa Keterjaminan Makanan Negara.
Mengulas mengenai kawalan bekalan dan kawalan harga, beliau berkata pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Kos Sara Hidup sentiasa bekerjasama ke arah itu.
BACA JUGA AMANAH optimis Perpaduan bakal tawan DUN Kuala Kubu Baharu