Dakwa loji air tak siap kerana Covid, setepek Akmal Nasir perli Sanusi

Tular kembali klip ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa kelewatan kerajaan negeri menguruskan kerja-kerja menaik taraf loji rawatan air di negeri itu adalah disebabkan Covid-19.

Dalam sebuah program, Sanusi berkata peningkatan kos bahan juga sebagai punca kelewatan menaiktaraf LRA Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

“Memang kita janji siap 2024, tapi tuan-tuan puan puan, masa kita ambil alih kerajaan tahun 2020, kita tak tahu nak mai pandemik.. dua tahun tak boleh buat apa,” katanya dalam klip tersebut.

Dalam video sama yang tular itu, turut dicantumkan dengan video Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang turun ke padang melihat proses pembinaan Loji Rawatan Air di Johor.

Namun apa yang menarik perhatian adalah kenyataan Akmal yang mempersoal mengapa LRA Layang 2 di Johor boleh siap pada masa yang ditetapkan walhal tender diberikan pada garis masa yang sama iaitu pada tahun 2020 semasa Covid-19.

“Kenapa orang lain boleh siap tapi kamu punya banyak alasan, benarkah kos bahan naik punca projek LRA Bukit Selambau lambat?,” katanya menerusi video.

“Ada orang complaint kos barang naik tapi kenapa di sini boleh siap. Barang naik dekat semua tempat. Sebenarnya kalau buat kerja boleh siap,” tambahnya lagi.

Klip video tular kembali itu dimuat naik pengguna X, Abang Aji

BACA JUGA Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditunda, dijangka berlepas Jumaat ini