Selepas diminta diam fokus saja Kedah, pemimpin Pas yang suka nyanyi ini pun menjawab

Selepas diminta mendiamkan diri daripada memberi sebarang komen mengenai masalah di negeri lain, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang umum dikenali suka nyanyi tampil membidas.

Pemimpin Pas yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tidak wajar mengarahkannya berdiam berikutan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu akan berlangsung tidak lama lagi.

Awat menteri gol dan gincu cakap macam itu?

“Takkan nak masuk pilihan raya diam-diam.

“Kalau tuduh orang ada rumah RM7 juta, rupanya tuduhan itu tak betul, boleh la tutup mulut dok diam-diam… tu pun kalau ada rasa malu,” kata Sanusi dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

‘Sembang banyak, siap tak banyak’

Terdahulu, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan meminta Menteri Besar Kedah itu supaya mendiamkan diri daripada memberi sebarang komen mengenai masalah di negeri lain.

Sebaliknya, kata Fahmi semalam, Sanusi lebih baik beri tumpuan kepada hal dalaman Kedah yang ditadbirnya.

Tegas Fahmi lagi, Sanusi sepatutnya menyibukkan diri bagi menyiapkan pelbagai projek yang diumumkan di Kedah termasuk pembangunan tambakan laut di Langkawi yang dilaksana Widad Group dan projek litar lumba Sungai Petani.

Nasihat Fahmi kepada Sanusi itu susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri berkenaan kononnya Perikatan Nasional (PN) akan ‘pecahkan lagi’ keretakan dalam hubungan antara MCA dengan Pakatan Harapan (PH).

“Saya rasa daripada dia sibuk tentang negeri lain, sibukkan diri dia untuk menyiapkan pelbagai projek yang telah diumumkan di Kedah sama ada Widad Group atau litar. Dia ini sembang banyak, siap tak banyak.

“Berbeza dengan Menteri Besar Selangor, umum dan kita lunaskan. Menteri Besar Kedah ni dah la dia ada kes hasutan melibatkan Sultan Selangor, jadi saya rasa diam jalah Sanusi,” kata Fahmi.

BACA JUGA Anak MB Perlis, pegawai kanan dicekup SPRM kes pemalsuan dokumen RM600,000