‘Admin’ Facebook Pas Merbok pelik tiba-tiba banyak beras dan jualan murah di KKB

Warga Selangor menyindir pengendali Facebook Pas Kawasan Merbok yang meluahkan rasa hairan apabila Jualan Ehsan Rahmah (JER) dilaksanakan di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Pentadbir laman itu mendakwa tiba-tiba banyak beras yang dijual dan membangkitkan persoalan adakah ia suratan atau kebetulan.

“Tiba-tiba banyak beras dan jualan murah di KKB. Suratan atau kebetulan?,” tulisnya.

Tulisan itu mengulas laporan media berhubung empat lokasi jualan murah yang diadakan pada 23 April lalu.

Lokasi jualan itu termasuklah di Padang Awam Batu 30 (Kuala Kubu Baharu), Balai Raya JKKK Kampung Kenanga (Rawang), tanah lapang sebelah SRA Merbau Sempak (Paya Jaras) dan Kampung Sesapan Batu Rembau (Semenyih).

Bagaimanapun hantaran tersebut disindir ramai kerana umum tahu Jualan Ehsan Rahmah telah dilaksanakan hampir dua tahun sejak September 2022 dan ia bukannya perkara baharu.

Malah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 lagi Selangor giat menggerakkan jualan murah yang sebelum ini dikenali sebagai Jualan Ehsan Rakyat.

Untuk tahun ini pula, JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

“Admin, dekat Selangor ni jualan murah tiap-tiap bulan diadakan di merata lokasi. Untung rakyat Selangor ada kerajaan negeri yang perihatin. Bukan macam Kerajaan Kedah. Umum sana, umum sini tapi yang siap litar lumba di Beranang,  Selangor,” kata Razif Ahmad.

“Kami duk Selangor ni dah biasa dah ada jualan ehsan. Ada je jual beras tempatan. Bahan asas lain pun murah-murah. Dah bertahun sebelum PRU 15 lagi dah ada jualan murah ehsan PKPS,” kata Muhamad Asyraf.

“Kalau nak juga beras murah, bolehlah minta kerajaan adakan jualan Madani untuk setiap daerah tiap-tiap minggu. Benda boleh selesai. memang setiap kali jualan barang keperluan ni, stok banyak mereka bawa insyaAllah semua penduduk akan dapat beli,” kata Lut pula.

Untuk rekod, sebanyak 428 Program Jualan Rahmah diadakan di seluruh Kedah pada tahun lalu dan berjaya mencatatkan rekod jualan melebihi RM22 juta.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, program tersebut telah berjaya diadakan di 15 kawasan Parlimen dan 36 Dewan Undangan Negeri itu.

BACA JUGA PRK KKB: Pang Sock Tao sah calon wakili Kerajaan Perpaduan