Bruce Gilley lancar kempen kutip dana selepas UM tarik balik biaya, dakwa tak selamat kunjungi Malaysia

Profesor sains politik dari Amerika Syarikat (AS) yang pro-Israel, Dr Bruce Gilley berkata, dia meninggalkan Malaysia kerana mendakwa bimbang dengan keselamatan disebabkan ancaman ‘kumpulan fasis Islam yang dikumpulkan kerajaan di sana’.

“Ini bukan negara yang selamat untuk dilawati sekarang,” katanya dalam catatan di X selepas ucaptamanya di Universiti Malaya (UM) mengundang kecaman rakyat Malaysia.

Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.

Dalam masa sama, UM juga dicemuh kerana menjemput Gilley yang secara terbuka menyokong Zionis Israel.

Ekoran dihujani kritikan massa, pentadbiran universiti awam nombor satu di Malaysia itu bertindak menarik balik kos perbelanjaan perjalanan dan penginapan Gilley kerana “kelakuannya yang memalukan kerajaan Malaysia.”

Susulan itu, ahli akademik biadab berkenaan melancarkan kempen mengumpul dana di GoFundMe untuk menampung kos berjumlah AS$2,346 (RM11,222).

Dalam halaman GoFundMe kempen itu, Gilley mendakwa dia terpaksa meninggalkan Malaysia selepas mengkritik pendirian negara itu terhadap Israel ketika ucaptama di UM.

Dia berkata,tindakan UM membatalkan jawatan profesor pelawatnya menyebabkannya terpaksa menanggung kos penerbangan dan hotelnya sendiri.

“Ini adalah permintaan terbuka untuk mendapat sokongan orang ramai membiayai kos ini, berjumlah AS$2,346,” tulisnya di GoFundMe.

BACA JUGA Tragedi helikopter Lumut: KPT salur bantuan untuk anak-anak perajurit negara