Mat Sabu peringat pegawai atasan kerajaan untuk berjimat, elak membazir

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan kesemua pegawai atasan di kementerian itu untuk menjadi contoh kepada pegawai-pegawai lain supaya tidak terbiasa dengan amalan membazir.

Peringatan itu dibuat terutama kepada jabatan-jabatan yang akan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri agar dilakukan dengan bersederhana tanpa sebarang pembaziran makanan.

“Di sepanjang bulan Syawal ini banyak jabatan dan agensi yang akan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri, ingin saya berpesan agar setiap majlis yang dibuat perlulah mengutamakan penjimatan dan tiada pembaziran yang berlaku.

“Keterjaminan makanan negara bukan sahaja boleh dicapai dengan cara kita meningkatkan hasil pertanian negara malah ianya juga boleh dicapai dengan penjimatan dan tiada pembaziran makanan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Wisma Tani, Putrajaya.

BACA JUGA AMANAH optimis Perpaduan bakal tawan DUN Kuala Kubu Baharu

Â