‘Sana’ pun belum maju, budak TikTok sibuk ajak jadikan Lembah Klang macam Pantai Timur
Hantaran seorang pengguna TikTok yang mengajak para perantau di Lembah Klang menukar alamat mengundi dalam usaha untuk mengubah pemerintah di negeri maju itu mengundang perdebatan ramai.
Dalam tangkap layar tular yang beredar di X dan Facebook, individu tersebut mengajak agar perantau menjadikan Lembah Klang seperti negeri-negeri di Pantai Timur.
“Kepada yang bekerja di Lembah Klang, tukarlah alamat kad pengenalan anda dan daftar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya anda boleh mengundi di sini (Lembah Klang).
“Tak guna kita dapat majoriti berbelas ribu di Pantai Timur tapi negeri lain terlepas.
“Masih ada masa 3 tahun untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” kata individu pada tangkap layar tular tersebut.
Seperti dijangka, hantaran itu tidak disenangi pengguna media sosial lain yang membangkitkan soal kemajuan ekonomi di negeri-negeri ditadbir Pas- Perikatan Nasional (PN).
Mereka juga mengingatkan bahawa ekonomi di negeri-negeri ditadbir Pakatan Harapan jauh lebih baik, buktinya sebahagian besar rakyat di Pantai Timur dan Utara banyak merantau ke negeri lain.
“Nak memajukan negeri sendiri tak mampu. Penghabisannya dia nak rampas kekayaan negeri lain dengan tukar alamat mengundi. Perangai sebiji Israel,” kata alif yang memuat naik tangkap layar tersebut.
“Negeri sendiri pon belum maju. Datang negeri orang bukan datang untuk cari rezeki tapi siap nak rosakkan negeri orang. Mungkin boleh tanya ustaz tentang hukum buat macam ini kerana yang akan terkesan rakyat asal negeri itu,” kata Wardina pula.
Bagaimanapun ini bukanlah kali pertama penyokong pembangkang mengajak agar perantau menukar alamat mereka.
Setakat Oktober 2023, Kelantan mencatatkan jumlah bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar tertinggi di Semenanjung.
Setakat tahun lalu juga, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyenaraikan lima negeri paling ramai miskin tegar iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak.
BACA JUGA Anda minat game PlayStation, jom jadi perekanya pula
Â