Selepas dua kali ditunda, misi ke Gaza dijadual belayar esok

Segala keperluan bagi menjayakan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok, kini sudah dilengkapkan, kata Freedom Flotilla Coaltion (FFC).

Jawatankuasa Pemandu FFC, Zohar Chamberlain-Regev memaklumkan, ia termasuk keperluan teknikal dan kakitangan, merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru diperlukan untuk suatu operasi atau aktiviti tertentu seperti mengendalikan kapal dan pesawat.

”Ia juga melibatkan beberapa tugasan seperti merekrut, melatih dan mengawasi kakitangan yang terlibat dalam melaksanakan misi atau perjalanan.

“Untuk misi ini, kumpulan terakhir yang melibatkan peserta yang baru tiba, telah selesai menjalani latihan anti keganasan pada Rabu,” katanya lapor BH.

Menurut Chamberlain-Regev, pihaknya kini sedang bekerja bagi memindahkan kapal-kapal yang terbabit dengan misi, ke pelabuhan di Istanbul di mana prosedur dokumen untuk ratusan peserta dapat dilengkapkan untuk membolehkan pelayaran bermula esok.

Kapal-kapal yang terlibat dalam misi kali ini akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk lapan buah ambulans yang tidak akan melalui perairan Israel, sebaliknya menggunakan perairan antarabangsa.

Sebelum ini, misi tersebut dijadual belayar ke Gaza pada 12 April lalu, namun ditunda kepada semalam dan terbaharu ia dijadual belayar pada esok.

Ketika ini, seramai 19 warga Malaysia menyertai masyarakat awam antarabangsa dalam misi yang menggunakan jalan laut itu.

Mereka yang terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media belayar menaiki flotila bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa di rantau berkenaan.

Aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia kini berkumpul di Istanbul sejak 18 April lalu untuk persiapan akhir sempena misi tersebu

BACA JUGA Mat Sabu peringat pegawai atasan kerajaan untuk berjimat, elak membazir