Nak kerja kilang pun kena ada sijil tulen, takkan nak jadi wakil rakyat…
Oleh LIYANA MARZUKI
Teringat dulu PRU15, ada calon “doktor” di Kelantan. Pusing satu kampung check orang ramai.
Ada little bird satu universiti dengan dia sampaikan, dia sebenarnya tak habis belajar tapi siap dapat jadi Pegawai Khas Menteri Kesihatan. Siap buka klinik.
Bila saya due d memang tiada nama dia dalam Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Saya pun bertanyalah dalam Facebook. Yang dia melompat sampai report polis berkali-kali.
Drama tipu atas tipu dia kantoi. Apabila pihak universiti di Indonesia sahkan dia tak habis belajar. Dan sijil yang dia papar palsu belaka.
Selepas kalah pilihan raya, dia hubungi saya merayu agar saya tak buat apa-apa.
Saya minta deal dengan peguam saya. Dia juga kata dia tak boleh tarik balik laporan, sebab polis nak teruskan.
Saya pun panggil polis dari Kelantan datang ke rumah saya. Bagi semua bukti yang ada. Dia merayu lagi, jangan diteruskan. Dia boleh kena kesalahan menipu laporan.
Sebab dah kalah pilihan raya dia pun dah menyesal juga, saya cakap ke peguam, takpe lah. Biar dia mula kehidupan baru. Ada lah hikmahnya di situ.
Taklah melompat
Semalam, saya up posting kemusykilan ramai mengenai CV calon Kuala Kubu Baharu. Tapi responnya tak lah melompat macam “doktor” dulu.
Jawapannya ringkas apabila ditanya wartawan, “saya tak nak komen”.
Itu pada saya tindakan bijak, daripada melawan, netizen korek lubang lebih dalam.
Harap selepas ni, SPR adakanlah undang-undang. Sesiapa yang jadi calon, janganlah scam kelayakan.
Nak kerja kilang pun sekurang-kurangnya kena ada sijil SRP/ PMR yang tulen sekarang.
Takkan lah nak jadi wakil rakyat, kita main lepas saja orang sembarang.
BACA JUGA Pimpinan utama Pas kenapa tiada di KKB?