Pimpinan utama Pas kenapa tiada di KKB?

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil hairan melihat pimpinan utama Pas berada di Perlis bukannya di Kuala Kubu Baharu (KKB), Selangor.

“Dalam rangka kerja saya ke Perlis, saya hairan kenapa pimpinan utama Pas juga berada di Perlis kenapa tidak di KKB?

“Apakah yang nak disampaikan pimpinan utama Pas itu?” katanya dalam hantaran di TikTok beliau.

Terdahulu, Fahmi yang dalam lawatan kerja tiga hari ke Perlis, menghadiri Program Jiwa MADANI di Kampung Seberang Ramai di Kuala Perlis.

Dalam masa sama, beliau yang juga Menteri Komunikasi, berkata, calon Kerajaan Perpaduan iaitu Pang Sock Tao dilihat mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRK itu.

“Kita lihat peluang calon Perpaduan cukup cerah.

“Kita pohon para pengundi menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih ADUN yang terbaik pada 11 Mei nanti,” katanya kepada pemberita.

BACA JUGA Kantoi ‘uncle’ maki jentera PH rupanya hanya lakonan penyokong PN