Warna-warni proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu

Penyerahan borang pencalonan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup jam 10 pagi tadi selepas sejam dibuka.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yuhanas Auree Kamaruddin di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Sebelum itu, penyokong calon yang bertanding hadir ke pusat penamaan calon seawal 7 pagi dan cuaca baik ketika proses penamaan berlangsung.

Paling menarik perhatian lensa ialah kehadiran calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao.

Wanita berusia 31 tahun berkenaan merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Saingan rapatnya tentu sekali Perikatan Nasional (PN) yang meletakkan Khairul Azhari Saut sebagai calon blok pembangkang itu.

Khairul Azhari merupakan Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 11 Mei ini.

Tarikh pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei.

LANJUT MENYUSUL

BACA JUGA PRK DUN Kuala Kubu Baharu bermula hari ini