Dulu buat pekak badak sahaja, sekarang panik nak bantah Akta Wilayah Laut

OLEH SYAM GHAZ

“Terengganu ‘baru’ tolak Akta Wilayah Laut.”

Haritu masa 33 bulan Perikatan Nasional (PN) tebuk atap memerintah, semua 18 ahli Parlimen Pas makan gaji buta tak pinda dan ubah suai akta ini. Termasuk ahli Parlimen Marang.

Kami yang dulu perjuangkan untuk royalti Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak dah suarakan minta Terengganu dan Kelantan contohi kebijaksanaan Sabah dan Sarawak dalam kerajaan tebuk atap dahulu.

Nasib baiklah Barisan Nasional (BN) ditumbangkan oleh Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Hasilnya Kelantan dan Terengganu dapat wang hasil Petroleum yang dinafikan sejak tahun 2000 di Terengganu dan sebelumnya lagi di Kelantan. PH tunaikan janji mereka. 

Tapi jika nak harapkan 18 MP Pas 33 bulan jadi Kerajaan Pusat, mereka hanya buat pekak badak. Syok duduk pegang jawatan duta timur tengah, menteri, timbalan dan pengerusi GLC. 

Padahal itu hanya sementara sahaja. Kita dah agak PN akan tumbang. 

Sebab PN adalah kerajaan yang didirikan dari kelompok-kelompok penyamun yang gila nak berkuasa dengan diketuai Muhyiddin Yassin penipu yang kata sakit tenat waktu era PH berkuasa 22 bulan.

Padahal jika 18 MP Pas tegas, solid dan tekan Muhyiddin Yassin lemau untuk keluar kerajaan PN jika tidak bagi royalti dan berikan hak Terengganu serta Kelantan, pasti Muhyiddin lemau akan akur juga. Sebab dia memang tamak nak berkuasa! 

Tapi dah Pas pun lemah, bukan sahaja royalti, RUU355 pun tak dapat dibentangkan. 

Pas ini ibarat Gong. Bunyi kuat tapi tengok dalam isi gong tu tiada apa-apa. 

Bila mentadbir, lemah dan tak reti urus negeri dan negara. Tengok aja 4 negeri mereka tadbir hancur.

Terengganu sendiri pun dah mula panik bila Wang Ehsan atau royalti yang sepatutnya dapat RM1.5 bilion, tahun 2023 dapat separuh sahaja. 

Separuh lagi terus kepada projek pembangunan yang diuruskan Persekutuan.

Pendapatan Terengganu tak sampai 30 peratus pun mereka cari sendiri, selebihnya bergantung kepada dana pusat. Mereka bukan reti tadbir sangat pun. Lebong jah lebih.

Dulu bukan main boros mereka, apabila bajet kena potong, banyak program-program kerajaan negeri ditangguhkan. Apa maknanya tu? 

Maknanya mereka bukan ada otak dan tak ada kemahiran sangat untuk cari pendapatan baru bagi negeri Terengganu, sebelum ini hanya makan suap sahaja.

______

Info tambahan: Untuk rekod, Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu walaupun DUN Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya, melainkan ia diisytiharkan sebaliknya oleh mahkamah.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan semalam menegaskan, adalah menjadi pendirian kerajaan persekutuan bahawa Akta 750 telah dibuat dan diluluskan oleh Parlimen secara sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.

BACA JUGA Biodata calon PN diragui, jawapan ‘no komen’ ketika ditanya wartawan undang buah mulut