Ucapan PMX ‘mendunia’ lagi kagumkan negara dan masyarakat antarabangsa
OLEH NORMAN RADZUAN
Bukan sahaja kerana kefasihan beliau berbicara bahasa Inggeris tetapi beliau mendunia dengan hujah-hujah secara intelektual dalam Forum Ekonomi Sedunia semalam.
Pelbagai soalan mengenai ekonomi semasa dan dasar kerajaan Malaysia diajukan kepada PMX
Kata beliau dengan sgt berhati hati, Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar seimbang antara Barat dan Timur selain mengelakkan sebarang provokatif.
Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan dua hala dengan kuasa besar ekonomi Asia iaitu China, Korea Selatan dan Jepun.
Secara kumulatif AS berada kedudukan pertama dari segi jumlah pelaburan di Malaysia manakala China pula menunjukkan peningkatan.
Disebabkan itu kebijaksanaan PMX menjawab soalan provakatif dengan sangat berhati hati dan professional dalam erti kata lain tidak mengecilkan hati kedua-dua belah pihak
China kuasai dunia 2028
Kita mesti melihat negara China semakin pantas untuk menguasai ekonomi dunia.
Ekonomi China dikatakan akan mengatasi ekonomi AS pada 2028, lima tahun lebih awal berbanding 2033 yang diunjurkan Centre for Economics and Business Research (CEBR) sebelum ini.
Masih ingat Barat menuduh Covid-19 adalah strategi atau konspirasi China untuk melumpuhkan ekonomi Barat. Kononnya virus ini sengaja dicipta oleh China.
Boleh jadi betul, boleh jadi sebaliknya. Ini kerana unjuran kesan pandemik Covid-19 momentum ekonomi Asia berprestasi lebih baik dan Eropah semakin merudum.
Negara-negara barat gagal menguruskan dengan baik Covid-19. Amerika juga negara yang terkena kesan yang paling teruk berbanding China. Wallahuallam.
China akan menjadi kuasa besar lalu mengapa kita ingin berpihak kepada suatu pihak. Sebaik kita mengambil peluang ini untuk menjadi ‘King Maker’ seperti istilah politik yang digunakan Pas.
Dalam ekonomi sebenarnya negara maju lebih memerlukan kita. Apatah negara Asia kaya dengan sumber hasil bumi selain tenaga kerja buruh dan profesional jauh lebih murah berbanding di Barat.
Jadi kita dapat lihat pelabur akan lari ke negara-negara tenaga buruhnya rendah untuk penjimatan kos seperti di Indonesia dan Vietnam.
Sebab itu negara barat tidak akan melabur di negara maju kerana kos tenaga buruh yang tinggi.
China jajah dunia dengan hutang VS Amerika jajah dunia dengan peperangan
Dalam keghairahan perdagangan dengan China, kita juga perlu berhati-hati dan tidak terlalu ghairah dengan mereka. Ini kerana China dilihat cenderung menjajah dunia dengan hutang atau ekonomi berbanding Amerika dengan peperangan.
Afrika dikatakan antara mangsa hutang kepada negara China. Adakah konsep ‘Along’ diamalkan dalam perniagaan perdagangan dengan mereka?
Berdasarkan data rasmi, negara China adalah rakan dagang terbesar Afrika dengan nilai perdagangan terus melebihi AS$200 bilion (RM842 bilion) pada 2019.
Jumlah ini membuktikan betapa Afrika telah dijajah oleh China.
Masih ingat apa telah terjadi kepada Sri Lanka. Sri Lanka ditelan hidup-hidup dan kini dijajah oleh China sepenuhnya. Ini juga yang sangat dibimbangi oleh negara membangun.
China tahu bahawa penguasaan dalam teknologi pengangkutan akan menjadikan negara tersebut sebagai kuasa besar ekonomi dunia. Itu yang telah dilakukan mereka dan kita dapat lihat di medsos teknologi-teknologi China.
Cuma kita perlu berhati-hati sebab cara China berbeza. Konsep mereka seperti ahli perniagaan iaitu ‘matlamat menghalalkan cara.’
Mereka seperti penjajahan British yang cekap menjajah negara melalui ekonomi dengan mengenali budaya dan kelemahan bangsa.
Masih ingat projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditetapkan pada RM55 bilion.
Apabila PH1.0 mengambil alih kerajaan, perbelanjaan dapat dijimatkan RM25 billion satu jumlah yang boleh membina 2 Putrajaya.
Terdapat indikasi yang dikatakan China didakwa membenarkan kontraktor tempatan untuk menaikkan bajet bagi membayar wang saku mereka sendiri. Ini bahaya jika budaya rasuah menjadi amalan atau budaya bangsa kita.
Saya secara peribadi masih was-was dengan produk China kerana kualitinya. Sebab itu ada barang tertentu saya tidak membelinya di DIY.
Ya betul kenapa beli yang mahal sedangkan ada yang lebih murah. Mahal tidak semestinya bagus dan bagus tak semestinya mahal.
Itu kata marketing orang bisnes dan ia digunakan oleh urusan dengan produk-produk China.
Sebab itu bila begitu banyak komen kereta Proton X70 saya tersenyum. Dikatakan spare part kereta ini sukar didapati malah skru kereta pun pelik seperti tersiar di dalam content TikTok seorang mekanik.
Semalam pula secara tiba-tiba lower arm kereta SUV Chery patah. Wah bahaya betul dan dikatakan pembeli kenderaan tersebut hairan dan ingin syarikat kereta tersebut memberi penjelasan bagaimana ia boleh berlaku.
Kepercayaan saya kepada produk China masih 50-50 tetapi ia bukan bermakna perkara lain kita nafikan.
Kita mesti kaji di mana kehebatan China berbanding AS sehingga begitu pantas mengejar ekonomi negara Uncle Sam itu sebagai kuasa ekonomi dunia baru.
AS pula lebih cenderung kepada peperangan atau persenjataan (warmonger). AS gunakan lebih RM300 billion wang cukai rakyat setahun untuk tujuan ketenteraan.
Sedangkan China menggunakan bajet itu untuk pelaburan ekonomi menjajah negara-negara dunia membangun dan dunia ketiga. Itu perbezaan pendekatan AS dan China.
Hinggakan AS mempunyai masalah sosial yanf semakin membimbangkan kerana bajet tahunan mereka beratus berbillion untuk tujuan kententeraan.
Tahukah anda selain penagih dadah yang semakin membimbangkan yang boleh dilihat di media sosial, masalah utama mereka ialah gelandangan.
Bilangan gelandangan di AS direkodkan meningkat kepada 653,100 orang. California mempunyai penduduk gelandangan terbesar iaitu sebanyak 181,399 orang, New York (103,200), Florida (30,756), Washington (28,036), Texas (27,377) dan Oregon (20,142).
Ia satu jumlah yang besar yang tidak ditangani kerajaan AS kerana bajet negara itu lebih ditumpukan ke luar negara tetapi masalah sosial di dalam negara diabaikan begitu sahaja.
Moralnya di sini kita perlukan AS dan China. Kebijaksanaan PMX akan menguntungkan negara. Kita mampu berurusan dengan dua negara kuasa besar dunia tanpa sebarang tekanan.
Beri Anwar betulkan negara
Akhir kata seperti dizahirkan PMX, beri peluang untuk dirinya membetulkan keadaan ekonomi negara akibat korupsi menggila berpuluh tahun lamanya.
Kata Anwar, “Beri saya peluang betulkan negara ini demi utk masa depan anak-anak kita.”
Kita dapat lihat bagaiman dunia menghormati beliau dan dijemput sebagai ucaptama Forum Ekonomi Sedunia ini semalam.
Bagaimana Anwar mendunia dengan ucapan-ucapan magiknya yang memang kita akui itulah anugerah hebat yang dianugerahkan kepadanya. Tak dapar saya bayangkan jika di atas pentas Forum itu Sanusi.
Kita patut berbangga dan Insyallah kita pertahankan PMX untuk terus mengetuai misi memulihkan negara yang sedang sakit.
Inagtlah. Kita bukan hendak mencari imam untuk menjadi imam di masjid atau mencari lelaki popular untuk menjadi Ketua Kampung tetapi kita mencari pemimpin untuk mengetuai negara menyelesaikan masalah negara.
BACA JUGA Kalau teksi dah turun ‘support’, memang menanglah Perpaduan