Banyak kerja kosong sekarang, jom rebut sebelum tarikh tutup
Bagi golongan sedang mencari kerja, inilah masa untuk anda meneroka peluang kerjaya apabila pelbagai jawatan kosong kini berlegar-legar di platform media sosial antaranya TikTok.
Menerusi TikTok Jom Bekerjaya, antara yang diiklankan adalah kekosongan jawatan di Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
Selain itu, kekosongan jawatan juga dibuka di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Semakan Harapan Daily di TikTok Jom Bekerjaya mendapati, jumlah jawatan kosong yang ditawarkan bermula daripada satu sehingga mencapai 12 kekosongan posisi yang diperlukan.
Orang ramai boleh melayari TikTok Jom Bekerjaya bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci seperti permulaan tangga gaji dan juga tarikh tutup permohonan.
Portal berita Majoriti dalam laporannya sebelum ini menyebut bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mencatatkan penurunan kadar ketidakpadanan pekerjaan graduan yang signifikan kepada 18.2 peratus untuk tahun 2023, berbanding 40.5 peratus pada tahun sebelumnya.
Pada masa sama, kadar pengangguran terkini negara dilihat semakin baik dan stabil pada kadar 3.3 peratus berbanding Mei 2020 iaitu pada kadar 5.3 peratus ketika negara dilanda wabak Covid-19.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menerusi PERKESO mengumumkan penurunan sebanyak 22.3 peratus bagi graduan ditempatkan dalam kumpulan pekerjaan separa mahir dan berkemahiran rendah merupakan hasil inisiatif berterusan agensi melalui Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan dengan sokongan Portal Pekerjaan Negara MYFutureJobs, dalam usaha menempatkan graduan di kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi.
BACA JUGA Rupa-rupanya bukan sebab diboikot, ini punca KFC Malaysia tutup 100 cawangan
Â