Tergamak ‘petik’ al-Quran, kaki fitnah dipanggil pejuang rakyat
Orang ramai dilihat mengecam kempen ‘Solidariti Bersama Pejuang Rakyat’ yang turut ‘memetik’ al-Quran selepas Chegu Bard dan Papagomo ditahan.
Kempen menerusi laman X, Suara Anak Muda Official itu turut menyertakan tanda pagar #Justice4Chegubard.
“Zaman edan ini, banyak kerosakan yang telah berlaku.
“Malah, jalan ceritanya telah dipotretkan dalam al-Quran sebagai sunnahtullah (perkara yang berulang),” menurut kapsyen video yang dimuatnaik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mencemuh seruan solidariti selepas Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan polis ekoran hantaran mengenai operasi kasino di Forest City.
Ramai juga meninggalkan kecaman ‘padan muka’ selain menegaskan tidak wajar memperalat al-Quran demi mewajarkan tindakan pemfitnah.
“Sejak bila dia berjuang untuk rakyat? Dia “berjuang” untuk jaga kepentingan golongan elit politik yang telah hilang kuasa melalui jalan demokrasi. Lebih baik dia berjuang bagaimana untuk tingkatkan kualiti hidup orang bawahan di kampung dan bandar dengan mendapatkan kerjasama kerajaan/pemerintah.
“Sebagai anak muda saya tak sokong fitnah macam ni. Jangan gunakan perkataan anak muda. Anak muda sokong pembangunan intelektual minda dan menolak fitnah,” demikian antara komentar netizen.
BACA JUGA Ekonomi Malaysia berkembang, nombor tiga KDNK tertinggi di Asean
Â