Uncle Cina kantoi banyak watak, siap jadi tukang takbir PN

Tatkala ketika seorang lelaki mendakwa dirinya menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tersebar satu video di media sosial menunjukkan dia muncul di program kempen Perikatan Nasional.

Lelaki tua itu sebelum ini pernah tular kerana memarahi jentera Pakatan Harapan (PH) – dengan insiden tersebut dimanfaatkan penyokong pembangkang yang mendakwa akar umbi Kuala Kubu Baharu marah dengan Kerajaan Perpaduan.

Namun sejak kelmarin, video yang dimuat naik di akaun @AmenoWorld tular selepas kelibat lelaki itu dilihat memegang bendera PN sambil memberikan ucapan. Ketika itu, dia turut dikelilingi pasukan kempen PN.

Dalam video itu, dia antara lain mengkritik Anwar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

“Bukan Pas yang beri saya duit (untuk) bercakap, bukan juga PN. Saya sendiri yang (ingin) bercakap. Saya sudah tengok satu Malaysia, rakyat Cina, Melayu dan India susah,” katanya.

Malah dalam video lain, lelaki Cina yang dianggap lalang itu turut memimpin para penyokong PN untuk melaungkan takbir.

Video tersebut turut menunjukkan dia bertemu dengan Pengerusi PN Selangor Azmin Ali.

Selepas penamaan calon, Pang memperkenalkan dirinya kepada para pengundi Kuala Kubu Bharu dan kebanyakannya memberi layanan mesra, kecuali lelaki itu yang menyuarakan kritikan terhadap DAP dan membangkitkan soal kos sara hidup.

Dia mendakwa dirinya sebagai penyokong tegar Anwar dan tidak memberikan nama penuhnya, sebaliknya hanya ingin dikenali sebagai Lim – nama keluarganya.

Dia malah turut merampas mikrofon kru kamera 8TV untuk bercakap.

“Sekarang, makanan mi wantan macam ini pun sudah RM8.50, kopi ini RM2.50, satu hari untung RM30 boleh makan? (Bagaimana) boleh hidup?” Katanya.

BACA JUGA Rupa-rupanya bukan sebab diboikot, ini punca KFC Malaysia tutup 100 cawangan