Isu beri duit raya: ‘Jangan risau, Dr Dzulkefly tak tanya mengundi di mana’

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sejak 1 Syawal lagi menziarahi pesakit dan petugas di Hospital Ampang.

“Sejak hari raya lalu, Datuk Dr Dzul telah melawat tiga hospital dan satu Klinik Kesihatan.

“Semua staf di ketiga-tiga hospital pun dapat sampul raya.

“Namun, ada yang buat tuduhan terhadap Dr Dzul kononnya memberi sampul raya kepada pengundi di Kuala Kubu Bharu kerana lawatannya pada 26 April lalu,” kata seorang TikTokers, Edy Noor Reduan.

Beliau tampil menjawab tuduhan yang tersebar di media sosial kononnya Dr Dzulkefly berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

“Hakikatnya, lawatan Dr Dzul adalah sehari sebelum hari penamaan calon.

“Malah, bukan semua penerima duit raya daripada Dr Dzul adalah pengundi KKB,” ujarnya.

Sehubungan itu, Edy menegaskan bahawa sebarang tuduhan kononnya Dr Dzul mempengaruhi rakyat untuk meraih undi adalah tersasar.

BACA JUGA Kenaikan gaji penjawat awam tertinggi dalam sejarah, naik lebih 13 peratus mulai Disember ini