Kenaikan gaji penjawat awam tertinggi dalam sejarah, naik lebih 13 peratus mulai Disember ini

Berita gembira buat penjawat awam apabila bakal menikmati kenaikan gaji tertinggi dalam sejarah iaitu lebih 13 peratus mulai 1 Disember depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan gaji penjawat awam yang terbaik dalam sejarah negara itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.

“Kenaikan lebih tinggi daripada 13 peratus.

“Kenaikan terbaik dalam sejarah oleh Kerajaan Madani,” katanya lagi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan di Putrajaya hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Sumber Manusia Steven Sim; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

BACA JUGA ‘Tidak ada modal lain kononnya sudah luluskan kasino di Johor’ – PMX