Isu sekolah vernakular ‘backfired’ kepada PN

Oleh LIYANA MARZUKI

Bekas Ketua Pemuda Pas seperti biasa, berpusing-pusing.

Beliau persoalkan kenapa resume calon Cina DAP di KKB tak letak sekolah rendah. Katanya sebab nak sembunyikan sekolah vernakular.

Saya pun kajilah resume calon-calon satu kolam dengan dia. Banyaknya tiada letak sekolah rendah pun. Seperti calon Gerakan di Tanjung Piai dan Kota Laksamana.

Yang tu dia tak bising pula? Adakah mereka juga sekolah vernakular dan nak sembunyikan?

Kalau kita tengoklah resume korporat dan profesional dalam Linkedin, jaranglah kita letak sekolah rendah bagai. Kita ambil sekolah terakhir.

Inilah kualiti Ahli Parlimen Pemuda Pembangkang. Isu sekolah rendah dijadikan bahan kempen, backfired lagi. Sebabnya parti Gerakan sendiri perjuangkan sekolah vernakular.

Saya percaya, isu ini backfired big time kepada PN. Sentimen di bawah ini menampakkan minggu depan Merah dan Biru menang.

BACA JUGA Isu beri duit raya: ‘Jangan risau, Dr Dzulkefly tak tanya mengundi di mana’