Jualan McDonald’s terjejas ketika lebih 200 hari genosid berlangsung

Susulan boikot berterusan dengan lebih 200 hari genosid berlangsung di Palestin, McDonald’s melaporkan peningkatan yang sederhana dalam keuntungan suku tahunannya.

Ketua Eksekutifnya, Chris Kempczinski, berkata walaupun boikot dilihat semakin pulih, namun beliau tidak dapat menjangkakan tempoh masa untuk perniagaan Macdonald’s kembali kepada keadaan biasa.

“Kami tidak menjangkakan untuk melihat keadaan lebih baik hasil kesan boikot sehinggalah peperangan berakhir”, katanya kepada analisis melalui panggilan video, lapor BH.

Jualan McDonald’s mula terjejas selepas memberikan ribuan makanan percuma kepada tentera Zionis pada Oktober lalu.

Walau bagaimanapun, McDonald’s Kuwait dan McDonald’s Qatar, yang kedua-duanya dikendalikan secara berasingan daripada perniagaan Israel, menyalurkan bantuan ke Gaza.

McDonald’s melalui pemfailan sekuriti menyatakan kebanyakan restoran miliknya di Asia Barat dikendalikan di bawah perjanjian francais yang mana ibu syarikat tidak melabur sebarang modal.

Awal bulan ini, McDonald’s bersetuju membeli Alonyal yang selama lebih 30 tahun membina jenama McDonald’s kepada 225 restoran di Israel, dan menggajikan lebih daripada 5,000 pekerja.

Bukan sahaja impak boikot paling besar dirasai di Asia Barat, bahkan McDonalds menyifatkan kesan turut dirasai di pasaran seperti Malaysia dan Indonesia dan beberapa bahagian di Perancis.

Rangkaian makanan segera yang besar itu mengalami penurunan dalam jualan susulan banyak pasaran baharu muncul.

Menurut Macdonald’s, kesan berterusan akibat perang di Asia Barat mengimbangi perniagaan yang dilihat positif di Jepun, Amerika Latin dan Eropah.

Secara keseluruhan, keuntungan pada suku pertama meningkat tujuh peratus kepada AS$1.9 bilion (RM 9.05 bilion), menyaksikan pendapatan keseluruhan Macdonald’s ialah AS$6.2 billion (RM29.5 bilion).

Jenama itu mecatatkan jualan lebih tinggi di Amerika Syarikat (AS) yang didorong hasil kenaikan harga dan di bahagian Pasaran Operasi Antarabangsa, keuntungan di Britain dan Jerman mengimbangi jualan negatif di Perancis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Macdonald’s, Ian Borden, berkata jualan di AS dan di banyak pasaran besar lain pada 2024 mungkin terendah dalam sejarah perniagaannya kerana kesan kumulatif inflasi terhadap pelanggan.

BACA JUGA Miskin tegar di Selangor ‘pupus’ Julai ini