Papagomo direman pagi ini

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akan direman pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Ketika berkata, lelaki berusia 41 tahun berkenaan akan dibawa ke mahkamah hari ini.

“Esok (Hari ini) akan bawa ke mahkamah untuk reman,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Online.

Terdahulu, Razarudin mengesahkan tangkapan Papagomo di kediamannya di Setapak, Wangsa Maju oleh sepasukan anggota polis.

Jelasnya, tangkapan ke atas suspek dibuat selepas disyaki mengeluarkan satu kenyataan dalam bentuk video yang berunsur mengaibkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Papagomo ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Menerusi satu hantaran video berdurasi dua minit 46 saat, dia mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong berjumpa dengan pemilik KK Mart.

Dia juga membuat tuduhan bahawa Yang di-Pertuan Agong yang mengarahkan Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, 45, dituduh di mahkamah di bawah Akta Hasutan 1948.

BACA JUGA Tergamak ‘petik’ al-Quran, kaki fitnah dipanggil pejuang rakyat