Pas mulakan kempen keji di PRK dengan tiup api perkauman

Oleh AHMAD MURSI

Beberapa persoalan mencurigakan pada profil calon PN di PRK Kuala Kubu Bharu dibalas oleh Pas dengan mempersoalkan UPSR, SPM di sekolah vernakular calon Perpaduan.

Hingga hari ini, calon PN masih belum menjelaskan bagaimana dia boleh bekerja sebagai ‘Finance Executive’ di Bursa Malaysia hanya dengn kelulusan SPM.

Seperti dicabar Pas, Calon Perpaduan dedahkan keputusan straight ‘A’ UPSR dan SPM termasuk BM.

Ramai rasa ragu sama ada YB Pas Fadhli Syaari dapat ‘A’ dalam subjek BM. Calon PN pula, diragui mungkin hanya dapat pangkat 3 dalam SPM dan dia hanya memperolehi diploma pada umur 49 tahun.

Eloklah mereka berdua dedahkan keputusan UPSR dan SPM untuk hilangkan keraguan orang ramai kerana itukan permainan yang mereka mulakan.

Apa yang Pas nak serang sebenarnya ialah latar belakang sekolah vernakular calon Perpaduan yang dipamerkan oleh Pas sebagai ‘separuh’ Malaysia.

Akhirnya, YB Pas itu tersipu-sipu malu dan terpaksa memohon maaf malah ditegur oleh rakan sekutu yang juga bersekolah di sekolah Vernakular.

Pas parti batu api memilih isu perkauman dan agama dengan cara bakar api sentimen untuk tingkat sokongan. Lebih berapi, lebih banyaklah undi.

Jika tiada api, kena ada-adakan. Jika apinya kecil, kena disimbah petrol untuk diperbesarkan.

Dengan cara ni, ahli politik yang tidak cerdik, tidak kompiten dan korup seperti PN-Pas, boleh dimenangkan kerana pemikiran rasional rakyat boleh ditumpulkan dengan permainan emosi.

BACA JUGA Miskin tegar di Selangor ‘pupus’ Julai ini