Gempar Akhyar kena pukul, samun di Kuala Terengganu

Gempar apabila pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid didakwa menjadi mangsa samun dalam kejadian di Kuala Terengganu malam ini.

Pemain berusia 25 tahun itu dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kepala dipercayai selepas dipukul dan menjadi mangsa samun.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah kondominium di Kuala Terengganu kira-kira jam 9 malam tadi.

Dilaporkan, Akhyar dipercayai dipukul dengan senjata pada bahagian kepala dan badan oleh suspek yang tidak dikenali sejurus turun dari kenderaan.

Tular beberapa foto dan rakaman video memaparkan kejadian menimpa pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) itu di media sosial.

Turut dikongsikan gambar Akhyar dalam keadaan terduduk dan lemah di hadapan sebuah kenderaan dipercayai miliknya.

Gambar pemain berkenaan sedang menunggu untuk diberikan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) turut tersebar.

Akhyar ditemani teman wanitanya yang juga selebriti, Eyka Farhana.

BACA JUGA Pemuda PN tak hormat azan, ‘penasihat’ berjanggut pun bagi lampu hijau