Pengerusi KADA ucap tahniah kepada PESAK, rupanya ini sebabnya

”Tahniah Persatuan Pesawah Pesawah Kelantan (PESAK),” itu reaksi Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Muhammad Husin kepada persatuan berkenaan.

Beliau menzahirkan ucapan tahniah selepas pihak PESAK berjaya menghantar memorandum secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

”Saya dimaklumkan oleh pihak PESAK petang ini mereka berjaya menghantar memorandum terus kepada Perdana Menteri Malaysia dalam rangka lawatan ke Kelantan.

”Tahniah! Semoga PESAK terus membela nasib petani Kelantan,” tulis beliau di Facebook, sebentar tadi.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan secara terperinci kandungan yang terdapat dalam memorandum tersebut.

Anwar kini dalam rangka lawatan ke Kelantan antaranya meninjau terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu yang mula beroperasi semalam.

Perdana Menteri turut mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin untuk berbincang mengenai pembangunan di negeri berkenaan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun dijangka menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat negeri di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong, Kota Bharu malam ini.

BACA JUGA Laporan penuh nahas helikopter TLDM, jawatankuasa penyiasat sedang buat sesuatu