Pertama kali sejak 3 tahun jualan tak capai ‘target’, Starbucks umum perubahan ini

Buat kali pertama dalam tempoh hampir tiga tahun, Starbucks mengalami kejatuhan dalam jualan air kopinya susulan permintaan lemah di dua pasaran terbesar iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China.

Atas sebab itu, Starbucks terpaksa membuat perubahan baharu dengan mengurangkan unjuran jualan tahunannya.

Lapor Reuters, saham syarikat itu merosot 12 peratus setakat kelmarin selepas rangkaian kopi itu mencatatkan keuntungan suku tahunan di bawah anggaran, yang dipengaruhi daripada ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.

Starbucks menjangkakan pertumbuhan jualan di peringkat global dan AS berada dalam julat penurunan satu angka yang rendah kepada mendatar untuk setahun penuh.

Suku kedua juga dianggap ‘mencabar’ bagi Ketua Pegawai Kewangan, Rachel Ruggeri.

“…. Ketidaktentuan berterusan sepanjang suku tahun membawa kepada rombakan dan rancangan tindak balas untuk memulihkan perniagaan,” kata Ruggeri.

Jenama Barat seperti Starbucks dan McDonald’s juga merasakan impak dari kempen boikot di Asia Barat dan beberapa negara lain berhubung serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Di AS, Starbucks berdepan permintaan yang semakin berkurangan kerana cuaca sejuk pada Januari dan persekitaran makro tidak menentu yang menjejaskan jualan minumannya yang lebih mahal.

Jualan global suku kedua rantaian kopi itu turun 4.0 peratus, berbanding kenaikan 1.44 peratus yang dianggarkan oleh penganalisis, menurut data LSEG.

“Kami masih melihat kesan pemulihan yang lebih perlahan daripada jangkaan, dan kami melihat persaingan sengit di kalangan peserta dalam pasaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Laxman Narasimhan.

BACA JUGA SPRM mungkin panggil balik MB Perlis

Â