Ustaz mohon maaf: ‘Hanya bergurau tak sangka ada kawan-kawan tularkan’
Seorang guru bergelar Ustaz memohon maaf atas kenyataan jelek terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataannya, Wan Azman Sulaiman memberitahu tidak sengaja berbuat demikian dalam kumpulan WhatsApp Bersama rakan-rakannya pada 30 April lalu.
“Saya tidak berniat untuk menjatuhkan maruah PMX.
“Saya hanya bergurau dengan kawan-kawan dalam group WhatsApp tertutup.
“Tak sangka ada kawan-kawan yang viralkan. Saya mengaku atas kesilapan saya ini,” katanya.
Sehubungan itu, Wan Azman berharap Perdana Menteri dapat memaafkan kesilapan yang dilakukannya.
Dalam masa sama, dia turut meninggalkan tanda pagar #AnwarIbrahimPM10 dan #FadhlinaSidek.
Terdahulu, tular tangkap layar komentarnya yang dilihat mempertikai keputusan pengampunan penuh tanpa sebarang syarat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018.
Pengampunan itu oleh Sultan Muhammad V ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Rata-rata warga maya menegaskan bahawa perkara membabitkan maruah seseorang bukan boleh dibawa bergurau.
Tidak kurang juga yang menggesa pihak Kementerian Pendidikan mengambil Tindakan tegas memandangkan ucapannya tidak mencerminkan keperibadian seorang ustaz.
“Benda menjatuhkan maruah orang kau buat main? Adoi, sedih dengan perangai walaun-walaun ni.
“Jadi, alasan bergurau dalam group tertutup tu Allah tak lihat? Malaikat tak catat? Takut dosa qazaf atau takut diambil tindakan?
“‘Ustat’ macam ini tidak boleh dibiarkan ada terus dalam KPM. ‘Ustat’ sebeginilah yang akan meracuni fikiran anak-anak di peringkat persekolahan.
“Dapat apa jadi pentaksub politik? Kalau pun kita gemar politik, politik harus jadi ruang diskusi, ruang pertikaian, memberi meransang idea. Bukan jelek macam ini. Tak kira di pihak mana pun. Biarlah kita bergaduh soal idea bukan label-melabel,” demikian antara komentar netizen.
BACA JUGA Baki lebih 1,000 KIR miskin tegar di Kelantan akan dinoktahkan dua bulan lagi
Â