Adegan pembelotan dalam filem Sheriff sama dengan 13 Bom Indonesia

Adegan pembelotan dalam filem Sheriff saling tak tumpah dengan adegan yang sama dalam filem 13 Bom di Jakarta yang mula ditayangkan di Jakarta Disember 2023 lalu.

Melalui filem 13 Boms yang kini ditayangkan di Nexflix, Gita, penyiasat dalam Unit Anti Pengganas Indonesia belot apabila membunuh rakan sendiri ketika bertemu ketua pengganas dalam aksi serangan ke sarang pengganas.

Dalam filem Sheriff, yang baru ditayangkan di Malaysia selepas Raya baru-baru ini, aksi yang sama juga berlaku.

Ia berlaku apabila ASP Jane yang dilakonkan oleh Elizabeth Tan membelot dengan cara membunuh rakan sendiri ketika pihak polis menyerang sarang pengganas.

13 Bom di Jakarta (judul rasmi bahasa Inggeris: 13 Bombs) ialah sebuah filem aksi ngeri jenayah pengintipan Indonesia 2023 terbitan Visinema Pictures. 

Filem ini diarahkan oleh Angga Dwimas Sasongko serta dibintangi oleh Chicco Kurniawan, Ardhito Pramono, dan Lutesha. 

13 Bom di Jakarta ditayangkan di pawagam pada 28 Desember 2023 sementara Malaysia bakal menayangkan filem ini pada 1 Februari 2024.

Filem Sheriff: Narko Integriti ialah sebuah filem misteri ngeri jenayah aksi Malaysia 2024  arahan Syafiq Yusof dengan skrip dan cerita oleh Syafiq, Nazifdin Nasrudin dan Datuk Dr. Yusof Haslam terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw. 

Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon yang diterajui oleh Zul Ariffin sebagai watak utama filem ini, filem mula ditayangkan pada 18 April 2024 selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.

BACA JUGA Gempar Akhyar kena pukul, samun di Kuala Terengganu